Laman utama

Khamis, 12 Ogos 2010

i.Deena Malaysia


i.Deena (Malaysia) adalah satu-satunya produk tudung muslimah yang dihasilkan oleh Mayang Atlantis Enterprise yang berpusat di Kota Damansara, Selangor. Ditubuhkan pada awal 2010, produk-produk tudung i.Deena pada asalnya merupakan perniagaan keluarga, akan tetapi pada Julai 2010 pihak kami mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan dan memasarkan produk tudung i.Deena secara serius dan meluas setelah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.

i.Deena diambil daripada bahasa Arab yang memberi makna, i - Islam dan Deena pula Agama Kami. Bagi mereka yang baru mengenali i.Deena, sejajar dengan namanya yang mempunyai makna 'Islam Agama Kami', misi i.Deena adalah untuk memberi pilihan kepada muslimah yang menggemari kelainan fesyen serta menampilkan keanggunan yang tersendiri.

Justeru, demi memastikan kepuasan pelanggan kami amat menitikberatkan produk tudung yang berkualiti. Koleksi tudung yang dihasilkan menepati citarasa wanita moden, professional dan aktif. Pemilihan fabrik i.Deena juga adalah dari material yang bermutu tinggi, jahitan yang indah serta memiliki rekabentuk terkini.

Pakailah dan miliki koleksi tudung i.Deena hari ini!!!