Berikut adalah teknik pemasaran tudung i.Deena :-
- Buat permulaan, syarikat kami tidak memiliki butik untuk mempamerkan koleksi tudung i.Deena.
- Teknik pemasaran kami adalah dengan mengedarkannya melalui agen/pengedar. Oleh itu, jika anda ingin memilikinya anda boleh mendapatkannya melalui agen/pengedar kami atau datang sendiri ke pusat penghasilan produk i.Deena di Kota Damansara. Selebihnya, kami akan memaparkan nombor telefon pengedar-pengedar kami di blog i.Deena. Sila hubungi pengedar yang terdekat dengan anda.
- Website i.Deena masih dalam pembinaan. Pada masa akan datang, pelanggan boleh menempah tudung i.Deena melalui website, insya Allah.
- Harga yang kami tawarkan kepada pelanggan (customer price) adalah berbeza dengan harga pengedar (dealer price). Untuk menjadi pengedar, anda harus mendaftar dengan kami. Jumlah minimum pembelian bagi pengedar adalah 10 helai tudung. Lagi banyak tudung yang dibeli, lagi banyak diskaun yang akan kami beri. Kami boleh memberi diskaun sehingga maksimum 20% off kepada anda.
Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar terawal di tempat anda. Daftarlah segera dan binalah perniagaan anda bersama-sama kami!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan